Tevez Akhirnya Minta Maaf

Carlos Tevez akhirnya tampil memohon maaf kerana pergaduhannya dengan Roberto Mancini.
Tevez memohon maaf selepas lima bulan berdegil dan ia mendatangkan kerugian £10 juta kepadanya dari segi gaji, bonus dan denda.
Kenyataan dari kelab yang mengandungi permohonan maaf Tevez, berbunyi: “Carlos Tevez hari ini telah memohon maaf kepada semua yang berkaitan dengan sikapnya kebelakangan ini.
“Carlos kembali ke kelab ini Selasa lepas, berikutan tiga bulan tanpa menjalankan tugas, tanpa kebenaran.”
“Carlos berkata, ‘Saya ikhlas memohon maaf kepada setiap orang yang telah saya kecewakan dan kepada mereka yang sejak beberapa bulan lepas telah menyinggung perasaan. Harapan saya ialah untuk menumpukan perhatian terhadap bola sepak untuk Kelab Bolasepak Manchester City.”
“Carlos juga telah menarik rayuannya menentang hukuman denda kelab terhadap salah lakunya yang dijadualkan akan didengar oleh Liga Perdana Inggeris beberapa hari lagi.”
“Beliau ketika ini sedang menjalani program latihan yang direka untuk memastikan dirinya kembali ke tahap kecergasan optimum.” -Wisel



Comments
Powered by Facebook Comments