Sertai komuniti SukanMalaya.MY yang aktif di Facebook.

Keputusan Separuh Akhir Badminton Terbuka Hong Kong 2012

lee chong wei

Lee Chong Wei dan pasangan beregu negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong telah layak ke pusingan Akhir Terbuka Hong Kong di Kowloong Hong Kong pada hari ini.

Chong Wei yang berhadapan dengan Kenici Tago dari Jepun telah menang mudah dengan menang straight set 21-19 dan 21-15 dalam perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki hari ini.

Beregu lelaki negara, Koo dan Tan layak ke pusingan akhir selepas menewaskan beregu lelaki Lee Sheng Mu dan Tsai Hsin dari Taiwan dengan skor 22-20 dan 21-13.

Chong Wei dijangka akan bertemu Chen Long (China) atau Tommy Sugiarto(Indonesia). Chen Long dan Tommy akan bertarung pada malam ini untuk memastikan tempat di pusingan akhir. Manakala Koo/Tan akan bertemu beregu China di pusingan akhir nanti. – SukanMalaya | Badminton

Incoming search terms:

badminton terbuka hong kong 2012 (22),keputusan badminton terbuka hong kong 2012 (14),terbuka hong kong 2012 (14),lee chong wei pictures (2),chong wei (1),lee chong wei photos (1),pic lee chong wei (1)