
Pemain nombor 1 dunia, Lee Chong Wei gagal meraih kejuaraan selepas beliau berkahwin. Chong Wei tewas di tangan Chen Long dari China pada final Terbuka Hong Kong 2012.
Lee Chong Wei selaku pilihan utama gagal menyekat ketangkasan Chen Long dalam perlawanan yang berlangsung selama 57 minit di mana Lee Chong Wei tewas 19-21 dan 17-21.
Beregu negara juga mengalami nasib yang sama apabila tewas kepada beregu dari China 16-21,17-21 dan gagal merangkul kejuaraan pertama super siri musim ini.